Social Media

HATI KACA

DIET SUKU-SUKU SEPARUH DENGAN INTERMITTENT FASTING

|
Assalammualaikum kaurang! dah lama sangat ni ika tak tulis blog. rindu gila ! laptop rosak weh nasib baik lah member ada jual laptop second, harap okay lah dan boleh berjasa lama sikit macam laptop sebelum ni 9 tahun berjasa tau.



Ika nak cerita sikit journey ika menurunkan berat badan dalam masa 3 bulan setengah ni.
ni nak 4 bulan juga lah ika buat diet ni. diet ika ni simple je, kita makan je apa kita suka tapi dalam portion yang sikit, cuma ada sesetengah makanan yang ika memang tak ambil atau jarang ambil !
contoh macam daging, minuman manis, makanan manis dan lain2 lah.
Okay jom START !

Dulu mula2 ika keliru tau nak buat diet mana, nak buat diet kira kalori ke, eat clean ke, tapi selalu terbabas. ㋛ jadi ika taknak macam tu, baru satu dua bulan diet dah give up sebab macam banyak sangat lah kena sekat HAHAHAHA ku takk bisa mengikut jejak langkah nya
jadi aku ada tengok kawan aku ni dia dit buat INTERMITTENT FASTING (IF). Jadi aku tanya lah dia apa benda tu. macam mana? so dia suruh aku join fb group IF. Ni link dia FB PAGE INTERMITTENT FASTING MALAYSIA.

Tapi puas aku baca and aku cuba fahamkan, still tak faham HAHA aku ni memang tak suka membaca, jadi dah sebulan juga aku cuba faham, aku try tapi macam salah, so aku nak cari orang yang boleh ajar aku, online coaching berbayar, sebab kita kalau minta orang ajar free takut nanti orang pun tak ikhlas nak ajar kan, HAHA yelah mesti akan ada yang cakap, cuba lah membaca, jangan malas!

so aku jumpa lah instagram ni, Petua_intermittentfasting follow ig ni kalau kaurang still tak faham macam mana nak buat, sebab ika ni tak pandai ajar orang tapi kalau kaurang nak juga tengok ika buat macam mana, follow ig diet ika, Dietikzmn. Dah follow tu boleh baca Note kat highlight story ika ya.

sehari ika memang makan nasi 3 kali, kadang2 lauk yang sama, kadang2 lauk lain, kalau aku rasa macam bosan atau teringin  nak makan makanan lain, aku akn beli lah kat luar. So cara aku macam ni,

Nasi segenggem
Protein tanpa kuah / kuah satu sudu
Sayur tanpa kuah / kuah tanpa sudu

WAKTU MAKAN
Meal 1 : 12 PM
Meal 2 : 4 PM
Meal 3 : 7PM

Aku buat 16 : 8, maksud dia 16 jam berpuasa, 8 jam feeding window
dalam fasting kau boleh minum air kosong atau air kopi tanpa gula, green tea pun boleh. jangan lah tanya aku boleh letak gula sikit ke tak. ika memang jarang minum air manis dari dulu lagi, kalau teringin je ika minum..
so 8 jam feeding window tu kau kena tentukan masa kau bila kau nak makan, macam aku, aku memang dilatih untuk makan 3 meal sahaja, sebab aku BF MOM so aku memang tak boleh makan sekali.
aku pernah buat makan sekali, susu aku kurang ! and time tu pula yusuff kurang makan asyik susu je..
so aku boleh 2 meal atau 3 meal

Kalau 2 meal aku buat macam ni, 12pm tu aku lunch, 2nd meal tu aku snacking buah yet still lapar, aku memang jenis tak boleh snacking, meal 3 aku makan macam lunch, air pula aku minum ikut berat badan aku.
Contoh berat kaurang 60KG bahagikan dengan 25KG so akan dapat berapa liter kaurang minum.
Air jangan kurang, kalau kurang susah untuk kaurang akan turun berat badan ! kalau tak suka air kena paksa dan train diri kaurang untuk minum air! nak kurus jangan lah bagi macam2 alasan, and yang tak suka sayur tu, kaurang suka makan sayur apa? makan je lah apa yang kaurang suka sampai kaurang rasa muak HAHA

Mula2 kaurag memang akan rasa lapar tau, aku dulu kalau time fasting tu rasa lapar, aku akan amik buah, buah betik sepotong ke, buah epal ke, timun atau tomato.
and bila kaurang dah faham kaurang kena banyak buat research, sebab apa kalau kaurang asyik tanya2 orang, ilmu yang sampai pun kadang2 lain and kaurang pun takkan faham, so aku selalu buat research kat FB page IF tu.

untuk timbang plak, ika suka timbang hari2, ada orang tak boleh timbang hari2 nanti stress, tapi ika tak stress, sebab ika dah faham dah naik turun berat badan ika, so ika boleh faham apa ika boleh makan atau tak. ika selalu timbang waktu pagi, selepas kencing dalam keadaan Naked, itu lah timbang berat sebenar kita. kalau rasa tak boleh timbang, kaurang sendiri boleh rasa inch loss diri kaurang tu. kalau ada perubahan means kaurang berjaya lah !

BELI BAJU SAIZ KECIK DARI SEKARANG !
dulu ika saiz XL, so bila start diet, ika beli seluar saiz 32 dan baju saiz L.
setiap hari ahad ika akan try, selagi tak muat ika akan teruskan.
so bila dah muat ika akan beli lagi yang kecik, sampai lah kaurang puas hati.

Mula2 aku buat IF tu aku makan sardin HAHA sebab tu je lauk yang ada. tapi tak elok lah, then bila dah faham aku gerak sendiri, thanks pada kak intan sebab banyak tolong ika, dia ajar aku faham, orang lain ajar aku tak faham, simple je apa dia ajar. so please suruh dia ajar tau !

BTW bila kaurang buat diet ni jangan lupa jumpa DIETICIAN tau untuk check insulin kaurang okay ke tak, sebab kalau tak okay means kaurang tak sesuai buat IF ni.

Untuk exercise ni, Bulan pertama ika tak buat apa2, bulan ke dua ika skipping, tak miss langsung, time tu memang cepat turun, 1 bulan 6kg juga hilang HAHA hampir2 lah, so bulan ke 3 ika skipping tapi kadang2 buat bahagian yang tertentu sahaja, sbb takut lah kalau kurus sangat, suami ika tak suka :D

Ika start IF dari 19 JULY 2019 sampai lah sekarang, mungkin sampai bila2 ika akan amalkan IF ni sebab bagus lah, mengajar diri kita ni tahan nafsu dan merehatkan usus kita dari asyik mencekik je HAHA

Apa2pun good luck, jangan terlalu stress ye.
Jangan lupa follow IG ika ye IKZMN
jangan stress, jangan GIVE UP !!!

Be First to Post Comment !