Social Media

HATI KACA

AIR MANGGA SEDAP BANGI SEKSYEN 8

|
Assalammualaikum guys, hai

Aku baru setahun duduk kat sungai ramal dalam kajang, rumah aku tak jauh mana pun dengan bangi, ada jalan shortcut untuk aku lalu bangi seksyen 8, siapa yang tahu memang sini famous lah makanan2 tepi jalan yang sedap. mana tak gemuk aku kalau semua kat sini makan je. Makan tidur makan tidur. Fuh benda manis pula tu! Siapa tak suka. 

Aku memang selalu nampak orang jual air mangga ni dekat dengan traffic light mcd tu. Mula2 aku pandang2 je, tak singgah pun, lepas tu aku saje beli dengan adik aku. Rasa2, eh eh eh sedap lah pula. tak manis sangat, berlemak dan memang sedap bagi tekak aku. Selama ni aku rasa manis je lebih, ni memang fresh! 

Harga dia RM 6 sahaja. tapi serious eh tak manis, fresh, arghhh tengah diet ni teringat plak. nanti aku masukkan gambar stall dia ok !




MASAKAN MAKANAN LAUT SEDAP DI KLANG. RESTORAN SISIK IKAN BAKAR

|
Hai semua,
Assalammualaikum

MASAKAN MAKANAN LAUT DI SISIK RESTORAN IKAN BAKAR KLANG
Sebenarnya aku dah lama cari makanan seafood yang sedap dan padu pastinya berbaloi. skarang ni aku nak share dengan kaurang pengalaman aku makan kat satu restoran ni. memang sedap !
Nama restoran ni , Restoran Sisik Ikan Bakar

Untuk kaurang yang penggemar seafood terutamanya, sekitar Bukit Tinggi Klang. Bukan sahaja seafood tapi makanan panas, bakar dan pelbagai lagi. EH! macam2 lah ! HAHA


Restoran ni dah lama sebenarnya buka tapi aku tak tahu pun pasal kewujudan restoran ni. sangat menyedihkan! Padahal aku ni orang klang juga. Dulu rajin juga aku pergi aeon bukit tinggi tu, rupanya ada restoran ni :D

ASAL USUL SISIK RESTORAN IKAN BAKAR KLANG
Restoran ini pada asalnya dikenali sebagai Resepi Warisan Tok yang ditubuhkan pada tahun 2013 lagi. Kiranya sudah 6 tahun restoran ini beroperasi.

Restoran ni pada asalnya dikenali sebagai Resepi Warisan Tok, kalau kaurang search di FB dia pun aku keluar RESEPI WARISAN TOK. Kaurang jangan terkejut, restoran ni rupanya dah beroperasi dari 2013.Asal aku tak tahu ni?! Dulu diorang buka time siang je lepas tu sekarang ni malam pun buka. so malam tu menu dia lain. Ada bakar2 dan juga seafood. kaurang tengok alamat kat bawah tau. Nanti aku cerita menu dia plak.





MENU DARI SISIK RESTORAN



NASI LEMAK SISIK BULUH PERINDU



SOS UNTUK DI CICAH BERSAMA IKAN BAKAR




HUH.. NAMPAL FRESH KAN !




STEAMBOAT








MAKANAN PALING WAJIB KAURANG ORDER! SOTONG BAKAR MADU!

Banyak lagi menu. tapi aku akan datang repeat lagi nak makan. tak puas weh! balik teringat2. oh ye diorang ada set untuk makan beramai2 tau






ALAMAT:
Sisik Restoran Ikan Bakar
No 32, Jalan Kasuarina 1/KS7,
Bandar Botanic, 
41200 Klang, Selangor

LANDMARK : Berhadapan GM Klang


MASA OPERASI:

8.00am - 4.30pm ( Masakan Melayu Asli)
5.00pm - 12.30am (Masakan Makanan laut & Ikan Bakar)