Social Media

HATI KACA

MASAKAN MAKANAN LAUT SEDAP DI KLANG. RESTORAN SISIK IKAN BAKAR

|
Hai semua,
Assalammualaikum

MASAKAN MAKANAN LAUT DI SISIK RESTORAN IKAN BAKAR KLANG
Sebenarnya aku dah lama cari makanan seafood yang sedap dan padu pastinya berbaloi. skarang ni aku nak share dengan kaurang pengalaman aku makan kat satu restoran ni. memang sedap !
Nama restoran ni , Restoran Sisik Ikan Bakar

Untuk kaurang yang penggemar seafood terutamanya, sekitar Bukit Tinggi Klang. Bukan sahaja seafood tapi makanan panas, bakar dan pelbagai lagi. EH! macam2 lah ! HAHA


Restoran ni dah lama sebenarnya buka tapi aku tak tahu pun pasal kewujudan restoran ni. sangat menyedihkan! Padahal aku ni orang klang juga. Dulu rajin juga aku pergi aeon bukit tinggi tu, rupanya ada restoran ni :D

ASAL USUL SISIK RESTORAN IKAN BAKAR KLANG
Restoran ini pada asalnya dikenali sebagai Resepi Warisan Tok yang ditubuhkan pada tahun 2013 lagi. Kiranya sudah 6 tahun restoran ini beroperasi.

Restoran ni pada asalnya dikenali sebagai Resepi Warisan Tok, kalau kaurang search di FB dia pun aku keluar RESEPI WARISAN TOK. Kaurang jangan terkejut, restoran ni rupanya dah beroperasi dari 2013.Asal aku tak tahu ni?! Dulu diorang buka time siang je lepas tu sekarang ni malam pun buka. so malam tu menu dia lain. Ada bakar2 dan juga seafood. kaurang tengok alamat kat bawah tau. Nanti aku cerita menu dia plak.





MENU DARI SISIK RESTORAN



NASI LEMAK SISIK BULUH PERINDU



SOS UNTUK DI CICAH BERSAMA IKAN BAKAR




HUH.. NAMPAL FRESH KAN !




STEAMBOAT








MAKANAN PALING WAJIB KAURANG ORDER! SOTONG BAKAR MADU!

Banyak lagi menu. tapi aku akan datang repeat lagi nak makan. tak puas weh! balik teringat2. oh ye diorang ada set untuk makan beramai2 tau






ALAMAT:
Sisik Restoran Ikan Bakar
No 32, Jalan Kasuarina 1/KS7,
Bandar Botanic, 
41200 Klang, Selangor

LANDMARK : Berhadapan GM Klang


MASA OPERASI:

8.00am - 4.30pm ( Masakan Melayu Asli)
5.00pm - 12.30am (Masakan Makanan laut & Ikan Bakar)


Be First to Post Comment !