Social Media

HATI KACA

AYAM MASAK BUTTER BERKUAH

|
AYAM BUTTER BERKUAH

BAHAN2

* Susu Cair
* Buttercup
* Kari Ikan

BAHAN2 :

Ayam dipotong dadu
Cili merah dan hijau belah dua
Daun kari
Bawang besar dipotong dadu
Bawang putih cincang




Letak butter cup dua sudu


Biarkan dia cair


Masukkan ayam. sebenarnya boleh je kalau goreng dulu. dengan kunyit. tapi saje je taknak goreng. sebab lupa aahahahahha


dah masak. angkat


Tumis kan bahan2. semua letak


cili daun kari


letak kari sikit je. sikit je kalau tak rasa macam butter mamak hahaha


letak susu cair. sebanyak mana kaurang nak



yeayh gaul2 siap bohhh



MAKARONI SPIRAL BAKAR CHEESE

|

Makaroni bakar  hahha


Bahan2 dia nahhh



Ni Bahan2 dia.
Cendawan
Daging kisar
Bawang besar dipotong dadu
Cili besar merah tumbuk
cendawan butang
Cili kisar & sos prego (Lupa nak amik gambar)



tumis dulu bawang besar sampai garing sikit kekeuningan


Letak daging kisar. masak sampai masak tau. kalau kenyal2 lagi belum masak lah tu.




letak Chilli kisar dengan prego. masak sampai pecah minyak


letak cendawang butang.


letak cendawan putih.


Then, letak udang last sekali. jangan awal2 nanti tak sedap sebab terlalu masak udang.


Lapisan Pertama : rebus makaroni spiral


Lapisan Kedua. inti yang kita masak tadi. (hahah INTI ??)


Lapisan Ketiga : Letak Cheese & Letak susu cair je
*malas nak buat sos putih


Lapisan Keempat : Ulang balik dari lapisan pertama



BIHUN SUP UTARA DAGING BALI

|

BIHUN KUNING.

time rebus letak kunyit sikit. rebus sampai lembut. jangan plak letak semua kunyit. memang warna macam apa nanti.

SUP DAGING

Daging - Hiris nipis2, sebab nanti lembut makan.
Daging tu kita dah rebus 2 jam dulu sebelum masak sup.
dan 2 jam lagi kita akan masak time masak sup.

Bahan - bahan

* 3 bawang merah (Blender)
* 4 ulas bawang putih (Blender)
* 1 Cm Halia (Blender)
* 2 Kayu manis
* 2 Bunga lawang
* 3 Biji Kentang
* Garam sesedap rasa
* Serbuk sup ayam
* 2 kiub ayam
* Lada Hitam (tumbuk. jangan sampai hancur)
* 2 biji Perahan Limau nipis

Selepas blender tumis kan semua diatas,(bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang) sampai naik bau.
lepas naik bau letakkan daging, kita tumis sampai perasa2 dia resap ke dalam daging.

letak air. jangan letak garam dulu. sebab garam buat daging liat.
bila daging nak masak baru letak kentang.
Letak Perasa Sup.
Perasa Sup. ada lagi sedap. babas kut aku rasa. aku dah lupa jenama apa.
Letak je berapa sudu kaurang nak. ikut rasa.
Masuk kan lada hitam dan perahan limau nipis.
Tunggu Sampai masak.


CILI KICAP

1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
12 biji cili merah / hijau
1 sudu garam
kicap

Semua diatas blender.
tapi cili bawang goreng dulu. takde lah sakit perut :D



RESEPI AYAM KAM HEONG

|

Uish sedap. memang tak tipu. pedas plak tu. kami ni hantu pedas. so ni memang terbaik lah. ni masakan Cina Muslim. jom tengok resepi.


Ayam diperap dulu dengan lada hitam 30 minit, kunyit, bawang putih.
lada hitam tak yah halus2 tumbuk. tak sedap.


Gorengkan. Separuh goreng. Kita tak suka goreng sampai masak sebab ika nak isi dia rasa lembut


Ni buat 4 sos

3 sudu kicap manis 
5 sudu tiram
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
*sebenarnya tak kisah pun berapa sudu. asalkan sedap2 rasa


1 biji bawang besar
1 biji bawang merah potong dadu
7 biji cili merah dibelah dua
7 biji cili hijau dibelah dua
2 tangkai daun kari


Tumiskan sampai naik bau. Ni ika guna minyak goreng tadi


Letak kan daun kari dan serbuk kari yang di bancuh jangan terlalu cair






Letak sos tadi



Masak sampai nampak mcm pekat. Letak ayam dan cili. Ika suka letak tiram lagi. Letak lah apape sos lagi biar rasa sebati. Biarkan dalam 20 minit biar sebati dengan rasa. Siap dah