BIHUN KUNING.
time rebus letak kunyit sikit. rebus sampai lembut. jangan plak letak semua kunyit. memang warna macam apa nanti.
SUP DAGING
Daging - Hiris nipis2, sebab nanti lembut makan.
Daging tu kita dah rebus 2 jam dulu sebelum masak sup.
dan 2 jam lagi kita akan masak time masak sup.
Bahan - bahan
* 3 bawang merah (Blender)
* 4 ulas bawang putih (Blender)
* 1 Cm Halia (Blender)
* 2 Kayu manis
* 2 Bunga lawang
* 3 Biji Kentang
* Garam sesedap rasa
* Serbuk sup ayam
* 2 kiub ayam
* Lada Hitam (tumbuk. jangan sampai hancur)
* 2 biji Perahan Limau nipis
Selepas blender tumis kan semua diatas,(bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang) sampai naik bau.
lepas naik bau letakkan daging, kita tumis sampai perasa2 dia resap ke dalam daging.
letak air. jangan letak garam dulu. sebab garam buat daging liat.
bila daging nak masak baru letak kentang.
Letak Perasa Sup.
Perasa Sup. ada lagi sedap. babas kut aku rasa. aku dah lupa jenama apa.Letak je berapa sudu kaurang nak. ikut rasa.
Masuk kan lada hitam dan perahan limau nipis.
Tunggu Sampai masak.
CILI KICAP
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
12 biji cili merah / hijau
1 sudu garam
kicap
Semua diatas blender.
tapi cili bawang goreng dulu. takde lah sakit perut :D
Be First to Post Comment !
Post a Comment