Social Media

HATI KACA

KEJAYAAN LELAKI 3 JARI INI JADI INSPIRASI UNTUK LEBIH BERJAYA

|
KEJAYAAN LELAKI 3 JARI INI JADI INSPIRASI UNTUK LEBIH BERJAYA| Hai semua! Selamat Bercuti dan Selamat Hari Pekerja buat semua! Semalam ada masa terluang kan ika tengoklah satu video ni. Memang bagi inspirasi sangat sangat pada ika tau.

Kisah seorang lelaki OKU yang hanya mampu menggerakkan hanya 3 jari saja tapi kejayaan lelaki 3 jari ni jadi inspirasi untuk lebih berjaya. Rasa sedih sangat bila tengok video luahan hati beliau. Rasa terus bersemangat pula nak berjaya dalam hidup lepas tengok video beliau. Lelaki yang ika maksudkan ni ialah Khairul Nizam pengasas Jamumall.




KEJAYAAN LELAKI 3 JARI INI JADI INSPIRASI UNTUK LEBIH BERJAYA

Apa kata korang tengok video pengasas Jamumall ni. Memang membakar semangat dan beri korang sumber inspirasi untuk mengecap kejayaan sama seperti beliau. Cuba fikir, sedangkan beliau yang kurang upaya pun mampu berjaya dan menjadi usahawan terkenal, apa entah kita yang telah dijadikan sempurna? Betul tak? Kalau beliau boleh berjaya kita juga boleh berjaya. Jom tengok video kat bawah ni serta luahan hati beliau.



Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku betsyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...


Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??


Lihatlah aku ...


kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .


Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..



Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...



Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!

Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...




Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..


Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..


Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!



Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!


Selepas tonton video tadi, memang jauh di sudut hati ika sangat hormat dan tabik dengan kesungguhan beliau untuk berjaya. Walaupun pergerakan beliau terbatas tapi beliau tidak berputus asa untuk menjadi insan yang berjaya.


Kalau beliau boleh berjaya kita juga boleh berjaya, betul tak? Tak kisahlah apa pun bidang kerjaya yang kita ceburi jangan sesekali kita mudah putus asa saat diuji oleh Allah SWT tapi anggaplah itu sebagai satu pemangkin untuk kita lebih berjaya. Buat korang semua, kita juga mampu berjaya sama seperti Khairul Nizam.



Nak kenal lebih dekat siapa insan bernama Khairul Nizam ni? Korang boleh layari dan follow Khairul Nizam :

FB :

PAGE :

IG:

Website :