Social Media

HATI KACA

SCAMMER TRAVEL AGENCY ! SKYLINE LEGACY PENIPU!

|

SCAMMER DI MANA2!

Sabtu lepas, 27/4/19 aku pergi Mydin Bandar Teknologi, Semenyih cari plug periuk nasi aku, masuk je mydin tu ada booth kecil untuk Travel Agency.

Atan pun dah macam berminat tengok pakej2 yang diorang tawarkan. Murah juga lah. Lepas tu aku cakap lah, nanti lah dulu, nak beli barang ni. Takut lah tipu. So aku pergilah beli barang dulu kat atas.

Lepas je beli barang, aku turun, suami aku berhenti kata nak tengok jap. Sbb memang plan nak g holiday 😌.

Pung pang pung pang dia ada tawarkan dua pakej, RM 699 dan Rm 999. So dia terangkan satu persatu dia punya details pakej dia tu. Kalau kaurang nak pastikan betul atau x, pakej yang ditawarkan kaurang akan dapat 4h 3m, 3h 2m, 2h 1m penginapan dan makan percuma.




Dan secara automatik kaurang akan dapat ID MATTA FAIR TANPA RENEW SEUMUR HIDUP!! nampak tak? Terpengaruh kan.
Sebagai contoh dia cakap kalau kau ada ID MATTA FAIR NI,
Kau nak pergi bercuti KE LEXIS PD harga sebenar RM 1200, Tapi bila kau guna ID ni kau akan dapat special rate 60% discount 🤔🤔 banyak tu.
Dalam hati aku, wau berbaloi tu, kena amik ni 🤭

Dia cakap ada 180 pack, cuma ada 8 pack je tinggal cik 😌
Kat bawah ni contoh resit untuk dia yakin kan kau lagi yang dia adalah travel agency yang sah ! Fuhh!!
Buka booth kat mall, kira legit ah tu??



Banyak juga yang kena rupanya, ada yang dah bayar tau. Nanti tgk link kat sini. 

DAH BAYAR TAPI CALL.TAKDE DALAM PERKHIDMATAN

Dorang ni bijak tau, dorang akan tukar2 nama company, dulu nama company lain tau, skarang lain
Sekarang nama dia SKYLINE LEGACY!


Masa dah habis2 borak tu, dia tanya nak daftar x bang,
Aku cakap lah saya takde sen lah nanti lah.

Dia terus cakap daftar je dulu nanti boleh bayar 3 kali, dalam setahun. Sebelum pergi, kena settlekan. 😌
Aku dengan laki aku berkeras cakap nanti. Tapi dia paksa2, laki aku bangun terus bla. Sbb dia memaksa.

Masuk kereta je aku terus search pasal benda ni. Ramai lagi tipu haih. Kalau x lebur duit. Kaurang hati2 ye, jangan cepat terpengaruh. Sbb diorang akan gunakan nama MATTA FAIR 😭😭😭

Apa2 pun search tau! Jangan terus bayar.






Be First to Post Comment !