Mesti semua suka kan cornflake madu. Paling senang nak buat bila balik raya ni yang cepat habis. Cornflake madu berlemak. Hahaha modal buat murah dan kejap je pun buat. Ni wajib tau buat time raya. Tak penat pun! Tips nak sedap and chewy kena letak majerin lebih. Macam selalu dulu letak 4 sudu je. Now letak 5 atau 6 sebab bau dia sedap and rasa macam makan jagung hehe. Selamat mencuba
Madu biasa besar balang natade coco : RM 15
Marjerin : Rm 3++
Gula perang : rm 2+
Cornflake 1 kg : Rm 5++
Bahan hiasan : rm 6
Marjerin : Rm 3++
Gula perang : rm 2+
Cornflake 1 kg : Rm 5++
Bahan hiasan : rm 6
1 KG cornflake boleh buat 150 ke atas cornflake.
Letak 5 sudu marjerin (saya suka lebihkan sebab nanti rasa lemak2 and chewy)
4 sudu perang halus
6 sudu madu (kita guna madu biasa je)
Kacau kacau sampai lah dia cair sebati
Dah berbuih kan ? Ni maknanya dah sebati. Jangan lama sangat sebab takut hangus. Kena jaga elok2 api kena slow
Letak cornflake. Kita letak 4 genggam. And kalau boleh ikut kaurang yang paling penting jangan sampai letak cornflake terlalu banyak sampai rasa madu semua hilang. Ikut rasa. Kita guna yang biasa je. Lagi sedap. Gaul sampai sebati. Make sure api slow time ni.
Gaul letak kat bekas lain. Nampak tak keemasan. Haa sebab madu lah. Lepas tu cepat2 letak dalam paper cup nnti sjuk melekat2
Letak dalam bekas. Letak lah apa nak untuk hiasan. Dan bakar selama 5 minit untuk dia terbentuk dengan rapi. Hasil nya tak keras tak tercabut gigi. Tapi chewy2 and lemak. Kenapa saya bakar sebab saya nak nampak kemas bila anak2 makan takde lah berterabut kalau jatuh pun still tercantum.
Suhu : 125 celcius
Masa : 5 minit
Suhu : 125 celcius
Masa : 5 minit
Be First to Post Comment !
Post a Comment