Social Media

HATI KACA

SCAMMER TRAVEL AGENCY ! SKYLINE LEGACY PENIPU!

|

SCAMMER DI MANA2!

Sabtu lepas, 27/4/19 aku pergi Mydin Bandar Teknologi, Semenyih cari plug periuk nasi aku, masuk je mydin tu ada booth kecil untuk Travel Agency.

Atan pun dah macam berminat tengok pakej2 yang diorang tawarkan. Murah juga lah. Lepas tu aku cakap lah, nanti lah dulu, nak beli barang ni. Takut lah tipu. So aku pergilah beli barang dulu kat atas.

Lepas je beli barang, aku turun, suami aku berhenti kata nak tengok jap. Sbb memang plan nak g holiday 😌.

Pung pang pung pang dia ada tawarkan dua pakej, RM 699 dan Rm 999. So dia terangkan satu persatu dia punya details pakej dia tu. Kalau kaurang nak pastikan betul atau x, pakej yang ditawarkan kaurang akan dapat 4h 3m, 3h 2m, 2h 1m penginapan dan makan percuma.




Dan secara automatik kaurang akan dapat ID MATTA FAIR TANPA RENEW SEUMUR HIDUP!! nampak tak? Terpengaruh kan.
Sebagai contoh dia cakap kalau kau ada ID MATTA FAIR NI,
Kau nak pergi bercuti KE LEXIS PD harga sebenar RM 1200, Tapi bila kau guna ID ni kau akan dapat special rate 60% discount 🤔🤔 banyak tu.
Dalam hati aku, wau berbaloi tu, kena amik ni 🤭

Dia cakap ada 180 pack, cuma ada 8 pack je tinggal cik 😌
Kat bawah ni contoh resit untuk dia yakin kan kau lagi yang dia adalah travel agency yang sah ! Fuhh!!
Buka booth kat mall, kira legit ah tu??



Banyak juga yang kena rupanya, ada yang dah bayar tau. Nanti tgk link kat sini. 

DAH BAYAR TAPI CALL.TAKDE DALAM PERKHIDMATAN

Dorang ni bijak tau, dorang akan tukar2 nama company, dulu nama company lain tau, skarang lain
Sekarang nama dia SKYLINE LEGACY!


Masa dah habis2 borak tu, dia tanya nak daftar x bang,
Aku cakap lah saya takde sen lah nanti lah.

Dia terus cakap daftar je dulu nanti boleh bayar 3 kali, dalam setahun. Sebelum pergi, kena settlekan. 😌
Aku dengan laki aku berkeras cakap nanti. Tapi dia paksa2, laki aku bangun terus bla. Sbb dia memaksa.

Masuk kereta je aku terus search pasal benda ni. Ramai lagi tipu haih. Kalau x lebur duit. Kaurang hati2 ye, jangan cepat terpengaruh. Sbb diorang akan gunakan nama MATTA FAIR 😭😭😭

Apa2 pun search tau! Jangan terus bayar.






KUNAFA ATAU KUNAFEH ??

|

An Arabic Dessert Called Kunafa'


Yummy, sebenarnya tak sabar nak taip blog ni cerita pasal kunafa, selalu aku tengok video pak arab makan makanan ni. Diorang masak dalam loyang besar. Hemmmmm cheeeesy boleh tarik2. 

Dalam hati kata "kalau lah aku dapat pergi ke sana" 😌😌😌 akhirnya kat malaysia ada jual.

Agent seluruh malaysia Dan makanan ni tahan lama. Aku masuk dalam peti sejuk je. Diorang pun ada sediakan servis post seluruh malaysia. 🤩

Kunafa ni ada banyak nama Kunafa / Kanafeh / Kunefe.

Bagi diorang ni macam dessert diorang
Atas tu yang macam sarang tu dough kataifi.
Nanti aku bagi gambar dia. Tengah tu cheese.
Untuk kunafa ni kena letak Rose syrup, dan taburan kacang pistachio ditumbuk halus.
Yang kaurang nampak ada bunga tu, tu kelopak mawar 🥰💋😋




Kunafa ni sebenarnya arabic dessert with cheese kat tengah2. Nampak tak putih2 tu?. Tu lah cheese dia 😋
Sepatutnya kalau kat sana diorang rendam dengan air gula,
Tapi kat malaysia mungkin tak, sebab kena ikut tekak orang sini kan.

Aku beli kat agent dia boleh tengok ig dia nanti klik kat 
Oh My Kunafa
Harga : RM 30

Tanya sis ni untuk agent berdekatan dengan tempat kaurang🤩
Selamat menjamu Oh My Kunafa 💞

PEPAHAT MASAK CILI

|

Aku dah lama sangat mengidam pepahat ni. Aku panggil kerang buluh 🤭 1st time aku makan masa kat port klang. Sedap lah gak. La ni aku buat sendiri takde lah sedap sangat tapi boleh lah telan laki aku licin kan 😜

BAHAN BAHAN
Hirisan bawang hollan
Serai di belah atau ketuk
Bawang blend
Cili giling
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Garam
Air limau purut
Cili hijau buat tabur
Pepahat 500g


Mula2 tumis hirisan bawang hollan, serai, dan bawang blender
Dah naik bau letak cili kisar giling,
Dah pecah minyak baru masuk 3 kawan sos dan garam sikit,
Letak pepahat, air limau, dan cili.

Tunggu dalam 10 minit. Dah masak.
Jangan terlebih masak nanti dia liat sikit.


Siap.
Kaurang buat lah resepi kaurang dan ubah sikit.
Hehe sbb aku 1st time buat. Jadi kena baiki lagi lah untuk sedap

DAGING MASAK BALADO HIJAU

|

Blender

4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
20 cili padi hijau (campur sikit cili merah)


Bahan Bahan Lain

1 Biji Bawang Besar
2 sudu cili kering (yang dah blender)
Daging yang direbus selama dua jam (potong nipis)
2 biji kentang
Asam Jawa
garam
kiub ikan bilis
gula

Cara Masak

tumis bahan2 blender tadi.
letak cili kering kisar
masak lama sikit dalam 20 minit. baru letak daging.
20 minit lagi letak air asam. banyak pun sedap. buat cair sikit.
jangan cair sangat jangan pekat sangat.
reneh dulu sampai daging empuk.
baru letak kentang. reneh lagi. Total semua 2 jam masak.
total daging masak 4 jam sebab tak nak liat.
garam jangan letak awal sebab takut daging liat.
baru letak kiub. and garam sikit je.
letak sikit gula kalau nak tambah.
letak bawang besar sekali potong bulat2.
letak petai. ni smua skali jalan.
okay dah siap ! memang pedas. sama mengidam ke nak cabar diri ke,
ni lagi pedas sekalian alam dari meggi Ramen. hahahaha



WALAUPUN TIAP BULAN BAYAR PTPTN TAPI KENA CCRIS

|

Sesiapa kena CCRIS PTPTN better settlekan cepat. Lagi senang bila pakai akaun kedua KWSP.
Boleh contact
Puan Salwa (+60 17‑695 7154) 
Pegawai PTPTN
Baik orang nya. Mudah berurusan dengan dia. Sebelum dapat surat.
Hari tu puan salwa tolong check kan berapa kena tunggakan. Saya kena tunggakan 6 bulan rm1439.67 (sehingga Jun)
(itu pun kena tunggakan)
Mula2 contact puan salwa and dia akan sediakan kita punya dokumen.
Senang je. Takyah bawa apa apa. Kat damansara.
Lepas tu dah amik dokumen pergi KWSP. Saya g KWSP kuala selangor takda
orang and cepat je. Dalam 10 minit dah siap.
Amik borang pengeluaran kwsp kat kauntee. Akaun ke dua kaurang kena cukup atau lebih.
Kalau tak cukup macam mana nak bayo. Lepas tu isi.

Dokumen kena bawa:
*Salinan Diploma / degreee / Transkrip
Ni kalau belajar dalam negara

Lepas tu tunggu kaurang kena panggil. Proses akan diberitahu dalam 14 hari je lepas tu nama kaurang akan dibersihkan.
Dan jangan lupa tanya PTPTN atau Puan salwa ni sebulan kaurang bayar berapa.
Sebulan ada hadkan bayaran. Walaupun kaurang bayar RM 50 sebulan.
Nama kaurang akan tetap kena ccris sebab tak ckup amount
Contoh macam saya
Sebulan saya kena bayar : RM 114.59
Jangan kurang biar lebih. So kesimpulanya walaupun kaurang bayar
RM 10 tetap kena ccris sebab setiap bulan ada tunggakan.
Nak check CCRIS boleh check kat gambar. G kat laman web
Kalau nak download form KWSP PENGELUARAN PENDIDIKAN
Settle. Lepas bersih nama kaurang dari CCRIS. Bayar bulan2 ikut yang ditetapkan. Nasihat aku untuk kaurang. Maseh
 



AYAM MASAK BUTTER BERKUAH

|
AYAM BUTTER BERKUAH

BAHAN2

* Susu Cair
* Buttercup
* Kari Ikan

BAHAN2 :

Ayam dipotong dadu
Cili merah dan hijau belah dua
Daun kari
Bawang besar dipotong dadu
Bawang putih cincang




Letak butter cup dua sudu


Biarkan dia cair


Masukkan ayam. sebenarnya boleh je kalau goreng dulu. dengan kunyit. tapi saje je taknak goreng. sebab lupa aahahahahha


dah masak. angkat


Tumis kan bahan2. semua letak


cili daun kari


letak kari sikit je. sikit je kalau tak rasa macam butter mamak hahaha


letak susu cair. sebanyak mana kaurang nak



yeayh gaul2 siap bohhh



MAKARONI SPIRAL BAKAR CHEESE

|

Makaroni bakar  hahha


Bahan2 dia nahhh



Ni Bahan2 dia.
Cendawan
Daging kisar
Bawang besar dipotong dadu
Cili besar merah tumbuk
cendawan butang
Cili kisar & sos prego (Lupa nak amik gambar)



tumis dulu bawang besar sampai garing sikit kekeuningan


Letak daging kisar. masak sampai masak tau. kalau kenyal2 lagi belum masak lah tu.




letak Chilli kisar dengan prego. masak sampai pecah minyak


letak cendawang butang.


letak cendawan putih.


Then, letak udang last sekali. jangan awal2 nanti tak sedap sebab terlalu masak udang.


Lapisan Pertama : rebus makaroni spiral


Lapisan Kedua. inti yang kita masak tadi. (hahah INTI ??)


Lapisan Ketiga : Letak Cheese & Letak susu cair je
*malas nak buat sos putih


Lapisan Keempat : Ulang balik dari lapisan pertama