Social Media

HATI KACA

AIR MANGGA SEDAP BANGI SEKSYEN 8

|
Assalammualaikum guys, hai

Aku baru setahun duduk kat sungai ramal dalam kajang, rumah aku tak jauh mana pun dengan bangi, ada jalan shortcut untuk aku lalu bangi seksyen 8, siapa yang tahu memang sini famous lah makanan2 tepi jalan yang sedap. mana tak gemuk aku kalau semua kat sini makan je. Makan tidur makan tidur. Fuh benda manis pula tu! Siapa tak suka. 

Aku memang selalu nampak orang jual air mangga ni dekat dengan traffic light mcd tu. Mula2 aku pandang2 je, tak singgah pun, lepas tu aku saje beli dengan adik aku. Rasa2, eh eh eh sedap lah pula. tak manis sangat, berlemak dan memang sedap bagi tekak aku. Selama ni aku rasa manis je lebih, ni memang fresh! 

Harga dia RM 6 sahaja. tapi serious eh tak manis, fresh, arghhh tengah diet ni teringat plak. nanti aku masukkan gambar stall dia ok !




MASAKAN MAKANAN LAUT SEDAP DI KLANG. RESTORAN SISIK IKAN BAKAR

|
Hai semua,
Assalammualaikum

MASAKAN MAKANAN LAUT DI SISIK RESTORAN IKAN BAKAR KLANG
Sebenarnya aku dah lama cari makanan seafood yang sedap dan padu pastinya berbaloi. skarang ni aku nak share dengan kaurang pengalaman aku makan kat satu restoran ni. memang sedap !
Nama restoran ni , Restoran Sisik Ikan Bakar

Untuk kaurang yang penggemar seafood terutamanya, sekitar Bukit Tinggi Klang. Bukan sahaja seafood tapi makanan panas, bakar dan pelbagai lagi. EH! macam2 lah ! HAHA


Restoran ni dah lama sebenarnya buka tapi aku tak tahu pun pasal kewujudan restoran ni. sangat menyedihkan! Padahal aku ni orang klang juga. Dulu rajin juga aku pergi aeon bukit tinggi tu, rupanya ada restoran ni :D

ASAL USUL SISIK RESTORAN IKAN BAKAR KLANG
Restoran ini pada asalnya dikenali sebagai Resepi Warisan Tok yang ditubuhkan pada tahun 2013 lagi. Kiranya sudah 6 tahun restoran ini beroperasi.

Restoran ni pada asalnya dikenali sebagai Resepi Warisan Tok, kalau kaurang search di FB dia pun aku keluar RESEPI WARISAN TOK. Kaurang jangan terkejut, restoran ni rupanya dah beroperasi dari 2013.Asal aku tak tahu ni?! Dulu diorang buka time siang je lepas tu sekarang ni malam pun buka. so malam tu menu dia lain. Ada bakar2 dan juga seafood. kaurang tengok alamat kat bawah tau. Nanti aku cerita menu dia plak.





MENU DARI SISIK RESTORAN



NASI LEMAK SISIK BULUH PERINDU



SOS UNTUK DI CICAH BERSAMA IKAN BAKAR




HUH.. NAMPAL FRESH KAN !




STEAMBOAT








MAKANAN PALING WAJIB KAURANG ORDER! SOTONG BAKAR MADU!

Banyak lagi menu. tapi aku akan datang repeat lagi nak makan. tak puas weh! balik teringat2. oh ye diorang ada set untuk makan beramai2 tau






ALAMAT:
Sisik Restoran Ikan Bakar
No 32, Jalan Kasuarina 1/KS7,
Bandar Botanic, 
41200 Klang, Selangor

LANDMARK : Berhadapan GM Klang


MASA OPERASI:

8.00am - 4.30pm ( Masakan Melayu Asli)
5.00pm - 12.30am (Masakan Makanan laut & Ikan Bakar)


SAMBAL TOTOK PETAI ! (JAWA)

|
Assalammualaikum, hari ni hari ke 10 puasa,
Jiran aku hari tu ada share sambal totok petai. Selama ni kalau buat takde petai pun. Tapi kali ni try letak petai.
Fuh mengancam. Bau petai tu satu toilet 🀭

Sambal totok ni orang cakap sambal terkenal orang jawa πŸ₯°
Aku buat senang je simple.
Aku tak ada sukatan, aku main campak je.
Bawang tu kalau boleh lebih sikit sama dengan cili besar merah. Cili hijau / cili api tu buat rasa pedas2. 
Ikut orang ye. Bawang besar tu aku letak 1 ulas sebab manis.


Belacan
Cili Merah Besar
Bawang Merah Besar 1
Bawang Merah Kecik
Cili hijau / cili api
Ikan bilis digoreng
Garam dan gula
Limau kasturi
Petai

Tumbuk semua nya. Kalau malas blender kasar tapi aku suka tumbuk.
Tumbuk semuanya, ikan bilis tumbuk last skali jangan bagi hancur sangat. Letak garam gula sikit ikut rasa, last skali Letak petai, perah air limau kasturi.
Aku letak 6 biji.

Selalu orang tak letak limau. Tapi aku suka basah2. So aku letak. Gaul2 makan dengan nasi panas and ayam goreng kfc. Auuuuu. Selamat berbuka kawan2 πŸ₯°


KEJAYAAN LELAKI 3 JARI INI JADI INSPIRASI UNTUK LEBIH BERJAYA

|
KEJAYAAN LELAKI 3 JARI INI JADI INSPIRASI UNTUK LEBIH BERJAYA| Hai semua! Selamat Bercuti dan Selamat Hari Pekerja buat semua! Semalam ada masa terluang kan ika tengoklah satu video ni. Memang bagi inspirasi sangat sangat pada ika tau.

Kisah seorang lelaki OKU yang hanya mampu menggerakkan hanya 3 jari saja tapi kejayaan lelaki 3 jari ni jadi inspirasi untuk lebih berjaya. Rasa sedih sangat bila tengok video luahan hati beliau. Rasa terus bersemangat pula nak berjaya dalam hidup lepas tengok video beliau. Lelaki yang ika maksudkan ni ialah Khairul Nizam pengasas Jamumall.




KEJAYAAN LELAKI 3 JARI INI JADI INSPIRASI UNTUK LEBIH BERJAYA

Apa kata korang tengok video pengasas Jamumall ni. Memang membakar semangat dan beri korang sumber inspirasi untuk mengecap kejayaan sama seperti beliau. Cuba fikir, sedangkan beliau yang kurang upaya pun mampu berjaya dan menjadi usahawan terkenal, apa entah kita yang telah dijadikan sempurna? Betul tak? Kalau beliau boleh berjaya kita juga boleh berjaya. Jom tengok video kat bawah ni serta luahan hati beliau.



Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku betsyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...


Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??


Lihatlah aku ...


kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .


Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..



Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...



Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!

Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...




Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..


Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..


Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!



Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!


Selepas tonton video tadi, memang jauh di sudut hati ika sangat hormat dan tabik dengan kesungguhan beliau untuk berjaya. Walaupun pergerakan beliau terbatas tapi beliau tidak berputus asa untuk menjadi insan yang berjaya.


Kalau beliau boleh berjaya kita juga boleh berjaya, betul tak? Tak kisahlah apa pun bidang kerjaya yang kita ceburi jangan sesekali kita mudah putus asa saat diuji oleh Allah SWT tapi anggaplah itu sebagai satu pemangkin untuk kita lebih berjaya. Buat korang semua, kita juga mampu berjaya sama seperti Khairul Nizam.



Nak kenal lebih dekat siapa insan bernama Khairul Nizam ni? Korang boleh layari dan follow Khairul Nizam :

FB :

PAGE :

IG:

Website : 

SCAMMER TRAVEL AGENCY ! SKYLINE LEGACY PENIPU!

|

SCAMMER DI MANA2!

Sabtu lepas, 27/4/19 aku pergi Mydin Bandar Teknologi, Semenyih cari plug periuk nasi aku, masuk je mydin tu ada booth kecil untuk Travel Agency.

Atan pun dah macam berminat tengok pakej2 yang diorang tawarkan. Murah juga lah. Lepas tu aku cakap lah, nanti lah dulu, nak beli barang ni. Takut lah tipu. So aku pergilah beli barang dulu kat atas.

Lepas je beli barang, aku turun, suami aku berhenti kata nak tengok jap. Sbb memang plan nak g holiday 😌.

Pung pang pung pang dia ada tawarkan dua pakej, RM 699 dan Rm 999. So dia terangkan satu persatu dia punya details pakej dia tu. Kalau kaurang nak pastikan betul atau x, pakej yang ditawarkan kaurang akan dapat 4h 3m, 3h 2m, 2h 1m penginapan dan makan percuma.




Dan secara automatik kaurang akan dapat ID MATTA FAIR TANPA RENEW SEUMUR HIDUP!! nampak tak? Terpengaruh kan.
Sebagai contoh dia cakap kalau kau ada ID MATTA FAIR NI,
Kau nak pergi bercuti KE LEXIS PD harga sebenar RM 1200, Tapi bila kau guna ID ni kau akan dapat special rate 60% discount πŸ€”πŸ€” banyak tu.
Dalam hati aku, wau berbaloi tu, kena amik ni 🀭

Dia cakap ada 180 pack, cuma ada 8 pack je tinggal cik 😌
Kat bawah ni contoh resit untuk dia yakin kan kau lagi yang dia adalah travel agency yang sah ! Fuhh!!
Buka booth kat mall, kira legit ah tu??



Banyak juga yang kena rupanya, ada yang dah bayar tau. Nanti tgk link kat sini. 

DAH BAYAR TAPI CALL.TAKDE DALAM PERKHIDMATAN

Dorang ni bijak tau, dorang akan tukar2 nama company, dulu nama company lain tau, skarang lain
Sekarang nama dia SKYLINE LEGACY!


Masa dah habis2 borak tu, dia tanya nak daftar x bang,
Aku cakap lah saya takde sen lah nanti lah.

Dia terus cakap daftar je dulu nanti boleh bayar 3 kali, dalam setahun. Sebelum pergi, kena settlekan. 😌
Aku dengan laki aku berkeras cakap nanti. Tapi dia paksa2, laki aku bangun terus bla. Sbb dia memaksa.

Masuk kereta je aku terus search pasal benda ni. Ramai lagi tipu haih. Kalau x lebur duit. Kaurang hati2 ye, jangan cepat terpengaruh. Sbb diorang akan gunakan nama MATTA FAIR 😭😭😭

Apa2 pun search tau! Jangan terus bayar.






KUNAFA ATAU KUNAFEH ??

|

An Arabic Dessert Called Kunafa'


Yummy, sebenarnya tak sabar nak taip blog ni cerita pasal kunafa, selalu aku tengok video pak arab makan makanan ni. Diorang masak dalam loyang besar. Hemmmmm cheeeesy boleh tarik2. 

Dalam hati kata "kalau lah aku dapat pergi ke sana" 😌😌😌 akhirnya kat malaysia ada jual.

Agent seluruh malaysia Dan makanan ni tahan lama. Aku masuk dalam peti sejuk je. Diorang pun ada sediakan servis post seluruh malaysia. 🀩

Kunafa ni ada banyak nama Kunafa / Kanafeh / Kunefe.

Bagi diorang ni macam dessert diorang
Atas tu yang macam sarang tu dough kataifi.
Nanti aku bagi gambar dia. Tengah tu cheese.
Untuk kunafa ni kena letak Rose syrup, dan taburan kacang pistachio ditumbuk halus.
Yang kaurang nampak ada bunga tu, tu kelopak mawar πŸ₯°πŸ’‹πŸ˜‹




Kunafa ni sebenarnya arabic dessert with cheese kat tengah2. Nampak tak putih2 tu?. Tu lah cheese dia πŸ˜‹
Sepatutnya kalau kat sana diorang rendam dengan air gula,
Tapi kat malaysia mungkin tak, sebab kena ikut tekak orang sini kan.

Aku beli kat agent dia boleh tengok ig dia nanti klik kat 
Oh My Kunafa
Harga : RM 30

Tanya sis ni untuk agent berdekatan dengan tempat kaurang🀩
Selamat menjamu Oh My Kunafa πŸ’ž

PEPAHAT MASAK CILI

|

Aku dah lama sangat mengidam pepahat ni. Aku panggil kerang buluh 🀭 1st time aku makan masa kat port klang. Sedap lah gak. La ni aku buat sendiri takde lah sedap sangat tapi boleh lah telan laki aku licin kan 😜

BAHAN BAHAN
Hirisan bawang hollan
Serai di belah atau ketuk
Bawang blend
Cili giling
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Garam
Air limau purut
Cili hijau buat tabur
Pepahat 500g


Mula2 tumis hirisan bawang hollan, serai, dan bawang blender
Dah naik bau letak cili kisar giling,
Dah pecah minyak baru masuk 3 kawan sos dan garam sikit,
Letak pepahat, air limau, dan cili.

Tunggu dalam 10 minit. Dah masak.
Jangan terlebih masak nanti dia liat sikit.


Siap.
Kaurang buat lah resepi kaurang dan ubah sikit.
Hehe sbb aku 1st time buat. Jadi kena baiki lagi lah untuk sedap